Recent Comments

Showing posts with label peeble. Show all posts
Showing posts with label peeble. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Jam pintar Peeble Mercedez Benz

Sempena pameran antarabangsa CES 2014, Mercedez Benz telah bekerjasama bersama Peeble Technology untuk menghasilkan sebuah jam pintar yang mampu berinteraksi dengan mana-mana kereta Mercedez Benz. Jam pintar ini mampu member informasi pada si pemakai tentang aras minyak, status kunci, dan lokasi kereta pemakai walaupun berjauhan dari kenderaan tersebut.


Semasa pemanduan pula jam ini akan membekalkan maklumat pada si pemakai tentang kemungkinan kemalangan, gangguan pembinaan jalanraya atau kenderaan yang berhenti di tengah jalan menerusi getaran yang tertentu.


Pengguna juga boleh mengubah tetapan fungsi Digital Drivestyle seperti auto-routing, laporan risiko, pengaktifan siri, mengawal muzik dan media atau mendapatkan maklumat keadaan trafik berdekatan.


Mercedez Benz akan mendemonstrasikan jam pintar Peeble ini secara eksklusif di Pameran Antarabangsa CES 2014 nanti.


Mercedes Benz and Pebble Smartwatch


Mercedes Benz and Pebble Smartwatch

Saturday, November 9, 2013

Jam pintar Peeble

Peeble yang diilhamkan dari program ‘crowd –funding’ Kickstarter telah mengeluarkan jam pintar terbaru mereka. Terdapat dalam 5 variasi warna, jam ini juga dilengkapi dengan teknologi E-paper dimana paparan skrin 144x168 boleh dipilih samada warna gelap atau hitam sepenuhnya.

pebble-watch


Antara kelebihan jam ini adalah pengguna boleh menukar pelbagai jenis paparan muka mengikut mood tersendiri. Tidak kurang dari itu pengguna juga boleh menyambung atau memasangkan jam ini dengan peranti android atau iOS. Dengan kelebihan sebegini pengguna dapat menggunakan pelbagai applikasi terbina seperti applikasi golf.

Walaupun pada ketika artikel ini ditulis hanya terdapat beberapa applikasi untuk jam pintar ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak applikasi khas untuk Pebble ini dihasilkan pada masa yang akan datang.

 

Feature Ad (728)