Peeble yang diilhamkan dari program ‘crowd –funding’ Kickstarter telah mengeluarkan jam pintar terbaru mereka. Terdapat dalam 5 variasi warna, jam ini juga dilengkapi dengan teknologi E-paper dimana paparan skrin 144x168 boleh dipilih samada warna gelap atau hitam sepenuhnya.
Antara kelebihan jam ini adalah pengguna boleh menukar pelbagai jenis paparan muka mengikut mood tersendiri. Tidak kurang dari itu pengguna juga boleh menyambung atau memasangkan jam ini dengan peranti android atau iOS. Dengan kelebihan sebegini pengguna dapat menggunakan pelbagai applikasi terbina seperti applikasi golf.
Walaupun pada ketika artikel ini ditulis hanya terdapat beberapa applikasi untuk jam pintar ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak applikasi khas untuk Pebble ini dihasilkan pada masa yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment