Facebook akhirnya mengakui yang bahawa pengguna remaja sudah hilang minat dengan laman web sosial mereka.
Seperti yang dilaporkan oleh Cnet, CFO Facebook David Ebersman mengakui penggunaan facebook oleh pengguna remaja merosot pada suku kedua dan ketiga tahun ini. Mereka juga melaporkan adanya penurunan penggunaan harian Facebook oleh pengguna remaja.
Menurut facebook ini adalah disebabkan kerana kepincangan facebook dalam mengira jumlah data penggunaan Facebook oleh remaja kerana disebabkan lambakan maklumat palsu diri pengguna.
Penemuan ini sesungguhnya sangat bertentangan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg. Selama ini Mark Zuckerberg dengan tugas mempertahankan teori beliau yang mana pengguna remaja tidak akan bosan dengan Facebook.
Mungkin Mark Zuckerberg perlu mengakui yang kehadiran laman sosial Google + sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan penggunaan facebook.
0 comments:
Post a Comment