Recent Comments

Tuesday, November 12, 2013

FIFA 14 Untuk Android dan IOS


Tidak lama lagi, dengan bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris pastinya peminat-peminat bolasepak juga mengharapkan permainan video baru FIFA 14 dilancarkan segera dengan senarai pemain yang dikemaskini. Kini Electronic Arts (EA) telah melancarkan edisi terbaru permainan tersebut untuk Android dan iOS.

FIFA 14 dilancarkan untuk peranti mudah alih popular dan kini boleh didapati dari Apple App Store, Google Play dan Amazon Android appstore. Menariknya, permainan video ini boleh dimuat turun secara percuma untuk semua platform.

fifa1234Namun, menurut hukum “tiada apa yang percuma di dunia ini”, EA, bagaimanapun, menjangkakan pulangan berlipat ganda hasil dari pembelian “Premium Unlock” dari dalam aplikasi tersebut. Sebagai usaha lanjut untuk mendapatkan lebih banyak lagi pulangan, pemain boleh membeli pelbagai jenis mode permainan dan boleh juga membeli mata FIFA untuk memperbaiki kedudukan mereka di pasaran pertukaran pemain.

Pelancaran serentak pada semua platform merupakan satu rahmat bagi Android dan Amzon yang tidak diendahkan EA dalam pelancaran edisi FIFA 13 terdahulu. Permainan penuh itu menampilkan 33 liga, lebih 600 pasukan berlesen, lebih 16,000 pemain dan 34 stadium sebenar.

Dari segi kawalan permainan, EA menjanjikan kawalan sesentuh baru membolehkan pemain permainan video ini mengawal pemainnya dengan lebih mudah serta fungsi tap untuk pass dan swipe untuk merembat juga diperkenalkan.

Sistem kawalan baru ini diharap dapat mengatasi masalah berkaitan kawalan berasaskan D-pad dan butang yang digunakan dalam edisi-edisi sebelumnya.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)