Recent Comments

Tuesday, November 12, 2013

‘Senjata’ utama pelajar IPTA/IPTS


Tajuk artikel ini bukanlah seperti yang dijangkakan. Maksud ‘senjata’ utama dalam artikel ini bukan bermaksud senjata berbahaya secara relatifnya. Apa yang dimaksudkan hanyalah merujuk kepada teknik dan alatan pelajar-pelajar di zaman sekarang.

Dahulunya kebanyakan pelajar bergantung 100% kepada ajaran guru/ pensyarah di kelas dan juga penggunaan buku di perpustakaan. Namun ianya sangat berbeza sekarang. Penggunaan internet menandakan penanda aras baru dalam dunia pendidikan. Laman web dan internet menjadikan pengetahuan tanpa batasan. Segala info dan maklumat mampu diambil dari internet. Tetapi apa yang di maksudkan oleh senjata?. Senjata yang di maksudkan saya takrifkan seperti berikut:-

1. Google


Enjin carian terbesar ini memainkan peranan besar dalam mencari maklumat. Mempunyai ‘bot’ crawler yang sangat efektif menjadikan enjin carian google antara senjata ampuh para pelajar. Lebih menarik lagi kini enjin carian google juga menyediakan carian khas sarjana yang dinamakan Google Scholar.

google

2. Wikipedia


Siapa tidak kenal dengan Wikipedia? Laman web ini sungguh popular sehinggakan ada ahli parliman di Malaysia membahaskan kewujudan Wikipedia ini di Parlimen. Wikipedia adalah laman web’Crowd Soucing’ yang mengumpulkan semua maklumat dan fakta dari pengguna internet kepada pengguna internet. Tidak dinafikan maklumat-maklumat dari Wikipedia adalah tepat dan ramai sarjana menggunakan Wikipedia sebagai rujukan mereka.

wiki

3. csgenerator


Menyalin artikel dari internet bulat-bulat sudah pastinya akan mengundang masala kepada anda. Anda mungkin akan dituduh meniru dan yang lebih teruk lagi tugasan anda mungkin akan dipotong markahnya. Sebagai penyelesaian gunakan laman web csgenerator. Laman web ini akan menukar perenggan artikel dengan perkataan-perkataan lain tanpa menukar maksud asal perenggan artikel tersebut.

csgen

4. Ginger


Ginger adalah applikasi windows yang mampu memeriksa kesalahan tatabahasa dengan ejaan tugasan anda. Applikasi ini mampu berfungsi bersama applikasi Microsoft words antara applikasi yang serupa. Applikasi ini boleh digunakan secara percuma tanpa had masa. Dan lebih hebat lagi ginger juga mampu mengubah bentuk artikel kepada beberapa bentuk tanpa mengubah maksud asal artikel tersebut.

ginger

5. Google Translator


Tak faham bahasa asing? Mudah sahaja gunakan laman web google translator. Google translator mampu mengalih bahasa lebih dari 60 bahasa. Tatabahasa google tidak perlu diragui kerana hanya dikemaskini hamper setiap minit, google translator adalah senjata pelajar paling tajam.

translate

6. Bibme


Perlukan nota kaki? Tugasan yang dihantar perlu ada bibiliografi? Jangan risau bibme.org mampu menyelesaikannya. Dengan kebolehan membuat rujukan kepada beberapa jenis format. Bibme.org juga mampu mencari sumber rujukan melalui internet. Apa yang pengguna perlu buat hanyalah menaip kata kunci carian tersebut.

bibme

Senarai ‘senjata-senjata’ ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar. Tidak dinafikan penggunaan teknologi memudahkan lagi proses pembelajaran saya. Namun begitu ini hanyalah pendapat saya. Jikalau anda ada maklumat lain yang ingin ditambah silalah komen di bawah.

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)