Google membuat percubaan sekali lagi dalam menembusi pasaran peranti audio visual rumah dengan memperkenalkan peranti chromecast. Peranti kecil berharga USD35 ini direka untuk memainkan media peranti mudah alih di TV tanpa wayar. Apa yang menariknya selain menukar TV biasa menjadi TV pintar, pengguna juga mampu mengawal Chromecast melalui peranti mudah alih pengguna tanpa wayar.
Menurut spesifikasi daripada Google, Chromecast disambungkan melalui sambungan HDMI, dikuasakan melalui USB dan boleh disambungkan melalui penerima audio-video pengguna sekiranya iada port yang tersedia.
Tidak dinafikan peranti ini hampir serupa dengan peranti Airplay keluaran Apple tetapi Chromecast mempunyai Keistimewaannya sendiri. Setelah Chromecast ini disambungkan, ianya secara automatik mengubah telefon mudah alih atau komputer pengguna menjadi alat kawalan. Pengguna juga dapat mengatur dan memainkan radio, mengawal suara, dan juga menghidup dan mematikan TV. Lebih hebat lagi pengguna boleh menggunakan aplikasi lain di peranti mudah alih pengguna tanpa menganggu video yang dimainkan di TV. Peranti ini mampu memudahkan pengguna kerana ianya tidak memerlukan peranti tambahan atau antara muka untuk berfungsi. Apa-apa peranti android boleh disambung kepada peranti ini.
0 comments:
Post a Comment