Masih ingat foto ini? beberapa ketika dulu foto ini pernah menjadi viral di internet. Ramai yang mengakui kelucuan foto ini dan ada juga yang mempertikaikan kewujudan sebenar identiti lelaki ini.
Semalam pihak media Singapura menyiarkan berita yang bahawa lelaki ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Batman bin Suparman dipenjarakan selama tiga tahun diatas beberapa kesalahan termasuk pecah rumah dan memiliki dadah.
Penganggur berusia 32 tahun ini telah ditangkap pada 19 Ogos, selepas video keselamatan menunjukkan dia dalam keadaan mencurigakan di kedai pada waktu malam pada dua tempat yang berasingan.Dia juga dituduh mencuri kad ATM abangnya dan membuat pengeluaran berjumlah $ 650, beliau juga dituduh memiliki heroin ketika ditahan.
Batman, yang dijatuhi hukuman sebanyak 33 bulan dalam penjara, pernah menjadi ikon sensasi di internet apabila kad pengenalan beliau diedarkan di atas talian. Sebagai bukti fanpage "Batman bin Suparman Fan Club" di laman rangkaian sosial Facebook telah menerima hampir 11,000 like dari orang ramai.
0 comments:
Post a Comment