Tidak lama lagi pengguna Google Map menerusi Google Street View akan berpeluang meneroka setiap penjuru jalan di Pulau Pinang menerusi pelayar internet.
Menurut sumber akhbar The Star, salah seorang peniaga mee kari di Pulau Pinang telah dipilih sebagai pemandu kereta ‘Google Street View’.
Kereta ini yang dilengkapi dengan 9 kamera yang terletak di atas bumbung kereta tersebut akan merakam setiap penjuru jalan di Pulau Pinang dengan mod 360◦ penglihatan rakaman HD.
Pemandu kereta tersebut Cody Wong 25, mengatakan beliau ditawarkan jawatan tersebut melalui laman web sosial Facebook beberapa bulan lepas.
Dalam kontrak 2 bulan bersama Google ini, Wong mengatakan yang dia akan memandu di setiap jalan di Pulau Pinang sambil merakam pemandangan 360◦ dari kereta tersebut.
Sehingga kini Wong telah hampir menyiapkan perjalanan di tanah besar Pulau Pinang dan di jangka akan mula memandu di bahagian Pulau Pinang pada hari ini.
Kenderaan SUV itu menurut Wong juga dilengkapi dengan 3 penembak laser yang mana berfungsi sebagai pengukur tahap ketinggian bangunan sekitar Pulau Pinang. Ukuran ini amat berguna kepada jurutera Google untuk menentukan bentuk model 3D di paparan Google Street.
Sebuah komputer dan alat GPS di dalam kereta tersebut secara automatic mengambil gambar setiap kali Wong memandu di jalan yang baru. Perisian komputer tersebut juga akan menyamarkan wajah sesiapa yang dirakam bagi melindungi privasi orang ramai.
Wong juga menambah sehingga hari ini rakaman Goole Street View tersebut telah melebihi 3 terrabyte.
Di rujuk dari laman web Google, Street View sekarang juga sudah beroperasi di Batu Pahat, Kuantan, Lembah Kinta, Klang, Petaling Jaya dan keseluruhan Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment