Recent Comments

Wednesday, November 27, 2013

Line capai 300 juta pengguna


Tidak dinafikan dunia tertarik dengan karakter comel ‘Kawaii’

Aplikasi khidmat pesanan Line telah mencatatkan satu lagi rekod, lebih 300 juta pengguna telah berdaftar dengan aplikasi ini.

Aplikasi ini yang mana menggunakan watak-watak animasi comel telah memecahkan rekod 200 juta pengguna yang mereka capai pada julai lepas. Dengan beza hanya 7 bulan rekod itu dipecahkan, kata Eksekutif Line di sidang media mereka di Jepun.

Dengan kegilaan terhadap aplikasi khidmat pesanan peranti mudah alih, Line bersaing dengan aplikasi lain seperti Whatsapp (350 juta pengguna) dan WeChat (300 juta pengguna).

Menurut CEO Line, Akira Morikawa pihak Line mensasarkan 500 juta pengguna pada tahun 2014.

Line, anak syarikat, syarikat Korea Selatan Never mendakwa lebih 7.2 billion pesanan dihantar melalui Line setiap hari dengan penggunaan lebih 50 juta di Jepun.

Aplikasi Line menawarkan perkhidmatan pesanan percuma melalui internet juga menawarkan permainan berasaskan karakter haiwan yang comel dan juga pelekat digital yang menawan hati.

Selain karekter percuma ini, pengguna boleh menggunakan karekter berlesen seperti Hello Kitty dengan bayar USD2. Line dilaporkan memperolehi keuntungan lebih USD10 juta sebulan daripada bayaran berlesen ini.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)