Recent Comments

Friday, November 8, 2013

M2M Trade Group Baharu Anjurkan Pameran “Internet of Things” di CeBIT


London, 2013-11-7 /PR Newswire/ -- Para peserta pameran di pameran IT terbesar dunia yang merupakan pesta perdagangan CeBIT besar-besaran oleh Jerman akan mendapat peluang baharu bagi mempamerkan kebolehan teknologi bagi menjadikan mesin-mesin mampu bergerak sendiri di Internet. Bersedia untuk melihat kereta yang boleh bergerak sendiri, pakaian yang menuliskan status di Facebook, peralatan perubatan yang meramalkan kecemasan, dan banyak lagi bakal disaksikan di pameran terbaharu “Internet of Things” di CeBIT yang akan dianjurkan oleh persatuan perdagangan London, International M2M Council (IMC).

IMC adalah sebuah kumpulan baharu terdiri daripada pelbagai syarikat yang mempunyai minat yang sama dalam menggunakan komunikasi mesin-ke-mesin iaitu teknologi asas yang membolehkan mesin-mesin berkomunikasi di antara satu sama lain. Teknologi M2M digunakan dalam pasaran vertikal termasuk dalam bidang seperti automotif, penjagaan kesihatan dan tenaga, sementara para profesional dalam bidang IT, rekaan produk, operasi, dan pemasaran berhak melihat teknologi tersebut digunakan.

Peningkatan sumber kumpulan akan menjadi kunci dalam menyampaikan mesej kepada para hadirin dan IMC sudah pun memasukkan AT&T, Deutsche Telekom, Digi international, Kore Telematics, Oracle, Orbcomm dan Telit sebagai ahli lembaganya. “Tujuan kami adalah bagi mendekati M2M Adopters merentasi pasaran vertikal dan jabatan-jabatan korporat dan CeBIT akan memainkan peranan ini,” ucap pengarah eksekutif IMC Keith Kreisher. “Pameran tersebut menawarkan peluang istimewa untuk mendekati pembuat keputusan teknologi dalam skala yang besar.”

Pameran Internet of Things akan bertempat di Dewan 11 CeBIT yang merupakan bahagian pameran yang didedikasikan untuk infrastruktur jaringan dan bersebelahan dengan M2M Zone Pavilion bermula pada 10 hingga 14 Mac 2014 diHannover. Di samping Pameran Internet of Things dan Zon M2M, di dewan tersebut juga akan berlangsung pameran istimewa oleh Smart Cities, Connected Homes, Cloud Solutions dan Data Centers.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)