Recent Comments

Friday, November 15, 2013

Masjid Teknologi Pristina


Hari ini mari lihat sebuah lagi konsep yang bertanding untuk rekaan akhir Masjid Utama Pristina. Masjid berbentuk sfera berkuasa solar ini ialah rekaan firma Itali Paolo Venturella. Rekaan sfera dipilih kerana ia akan mengoptimasikan dedahan panel solar kepada cahaya matahari sepanjang hari. Ruang solat berbentuk bulat juga membahagikan kawasan solat utama kepada dua. Ruang solat pertama digunakan pada hari biasa sementara ruang solat kedua yang lebih besar digunakan pada hari jumaat. Panel dinding juga boleh dibuka bagi pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.




Laporan asal DesignBoom

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)