Penerbit filem Harry Potter, David Heyman sedang dalam proses perbincangan untuk membawa permainan Temple Run ke layar perak. Menurut laporan The Hollywood Reporter, Studio Warner Bros telah menunjukkan minat untuk berkeejasama menghasilkan filem tersebut.
Laporan itu juga mengatakan Warner Music Bros sedang pesat mencari penulis skrip untuk filem tersebut.
File ini khabarnya akan mengekalkan jalan cerita permainan video tersebut yang mana mengisahkan seorang pencuri yang dikejar mahkluk jahat kerana dipercayai mencuri artifak berharga dari sebuah kuil.
Ini bukan kali pertama permainan video diadaptasi untuk menjadi sebuah filem. Sebelum ini Angry Birds, sebuah permainan video peranti mudah alih juga telah di angkat untuk menjadi filem animasi yang mana diramalkan akan ke pawagam pada 2016 nanti.
Temple Run, permainan video mudah alih ini dibangunkan oleh Image Studios sebuah syarikat pembangunan permainan video dari Washington D.C, Amerika Syarikat. Permainan video berplatformkan ios dan android ini berkonsepkan filem Indiana Jones.
0 comments:
Post a Comment