Nokia telah mengumumkan pelancaran model terbaru mereka Lumia 525. Model ini yang dikatakan penyambung generasi Lumia 520 akan mula dipasarkan di Asia dan kemudiannya di seluruh dunia.
Nokia Lumia 525 berukuran 4 inci dan dioperasikan melalui windows 8 mobile dijangka dijual pada harga $200 (RM877.02).
Model ini juga dilangkapi dengan cip pemprosesan Dual-Core 1Ghz Snapdragon S4, 1GB RAM dan storan terbina dalaman 8GB. Bagi kamera pula ianya dipasangkan dengan kamera resolusi 5mp. Tamnbah menarik lagi Nokia juga menyediakan aplikasi GPS HERE untuk model ini.
Lumia 525 dijangka akan bersaing dengan model terbaru Motorola, Moto G yang juga telefon pintar harga mampu milik cuma yang bezanya Moto G dioperasikan oleh sistem operasi Android dan berukuran 4.5 inci.
Singapura akan dipilih sebagai negara pertama untuk pelancaran model ini pada Disember 2013. Sumber dari Nokia juga telah mendedahkan harga pasaran Nokia Lumia 525 untuk pasaran Singapura adalah $249 (RM641.05).
http://www.youtube.com/watch?v=3pv7ijWuY8E
0 comments:
Post a Comment