Recent Comments

Friday, November 29, 2013

3 aplikasi Youtube terbaik untuk Mac


Youtube adalah antara laman web yang paling banyak di lawati masa kini. Namun begitu, tindakan Google mengintegrasikan Youtue dengan Google+ baru-baru ini mendapat banyak tentangan dari orang ramai.

Kebanyakkan pengguna tidak bersetuju dengan ruangan komen Youtube yang baru yang pada mereka agak bercelaru dan menyakitkan mata. Lantaran itu ramai mula beralih kepada aplikasi ketiga Youtube yang lain. Terdapat berpuluh-puluh lambakan aplikasi Youtube ketiga di internet untuk sistem operasi windows, persoalannya bagaimana dengan pengguna Mac OS x?

Pada artikel saya kali ini, terdapat 3 aplikasi Youtube untuk Mac Os x yang saya kira cukup komprehensif dan intuitif untuk pengguna tegar Mac Os.

 

1. Minitube (USD9.99)


Aplikasi ini secara relatifnya menukar pengalaman anda menonton Youtube seperti menonton siaran televisyen biasa.

Minitube menjadikan pengalaman melayari Youtube menjadi sangat mudah. Hanya dengan menaip kata kunci yang diingini Minitube akan mula mencari. Aplikasi ini akan mengatur kesemua video yang relevan melalui kata kunci tersebut dan mula main mengikut aturan.

Sekiranya anda mempunyai Apple Tv (atau penerima video yang seumpamanya) anda boleh menyambungkan ke Apple Tv anda melalui Air Play, seolah-olah menonton televisyen biasa!

Tambah menarik lagi, anda boleh menyimpan video yang ditonton tanpa menggunakan aplikasi lain. Cuma ‘right-click’ dan simpan video tersebut ke Mac anda.



 

2. Tubbler


Tubbler adalah aplikasi percuma Youtube yang membenarkan anda menonton Youtube tanpa menggunakan pelayar web.

Sekiranya anda sedang melayari web lain dan mahu terus menonton Youtube, mudah sahaja. Tarik sahaja video yang sedang berjalan ke Tubbler. Video akan terus dimainkan tanpa mengganggu aktiviti anda yang lain di pelayat web.

Tubbler juga membenarkan anda membina ‘playlist’ anda. Cuma tarik URL Youtube yang diingini dan secara automatic Tubbler akan membina ‘playlist’ anda tanpa sebarang tetapan yang lain. Paling menarik, aplikasi ini percuma.



 

3. Tube (USD1.99)


Jika anda seorang yang sukakan keringkasan, Tube adalah untuk anda. Sekilas pandang aplikasi ini ini tampak seperti Youtube yang klasik tanpa iklan yang melampau. Fungsi lain seperti langganan, ‘playlist’, dan aturan video juga terdapat pada aplikasi ini. Lengkap seperti Youtueb yang sebenar.

Yang menariknya Tube beroperasi secara sendiri, ianya bukan sekadar paparan muka untuk Youtube. Dan disebabkan oleh ini, pengguna tidak perlu memasang aplikasi Flash seperti pada aplikasi yang lain. Pengguna computer riba pasti sukakan aplikasi ini kerana ia mampu mengurangkan penggunaan bateri sehingga 50%.

Sungguhpun begitu, Tube masih diperingkat pembangunan. Mungkin akan terdapat sedikit kekurangan kecil seperti tidak semua video beresolusi dapat dimainkan. Akan tetapi percayalah dengan bayaran $1.99 itu, Tube sangat berbaloi.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)