Recent Comments

Friday, November 29, 2013

Aplikasi talian kecemasan Malaysia SaveMe 999


Kelmarin di Putrajaya, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan satu aplikasi talian kecemasan khas untuk orang kurang upaya (OKU). SaveMe 999.

Menurut Datuk Shabery Cheek aplikasi tersebut yang dibangunkan melalui kerjasama antara suruhanjaya komunikasi dan multimedia  dan Telekom Malaysia menelan belanja hampir 1 billion Ringgit Malaysia.

Aplikasi tersebut disasarkan kepada golongan kurang upaya yang dalam kecemasan memerlukan bantuan. Dengan hanya mengaktifkan aplikasi tersebut, lokasi si penghantar akan dihantar ke 5 buah agensi secara serentak. Ini membolehkan situasi kecemasan tersebut ditangani secepat mungkin. Antara agensi yang terlibat dalam program ini ialah Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba, Kementerian Kesihatan, Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Walaupun begitu aplikasi ini dikhususkan kepada mereka yang cacat penglihatan, pendengaran dan percakapan.

Menurut Datuk Seri Shabery Cheek lagi, aplikasi ini yang di bawah seliaan Pusat Perkhidmatan Kecemasan, Malaysia Emergency Respon (PPK MERS) 999 akan mula beroperasi di 9 buah negeri sebelum diperkenalkan kepada negeri yang lain secara berperingkat.

SaveMe 999 boleh dimuat turun secara percuma dari www.999.gov.my menerusi telefon pintar operasi Android, iOS, Blackberry dan Windows.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)