Eindhoven, 2013-11-8 /PR Newswire/ -- NXP Software, sebuah perisian suara mudah alih & multimedia terkemuka dunia, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah memasukkan perisian LifeVibes VoiceExperience ke dalam Samsung ATIV S Neo untuk AT&T inc., pembekal telefon bimbit terbesar di Amerika Syarikat.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131108/649769)
Keperluan ketat AT&T berkenaan penindas bunyi 2-mikrofon melangkaui jangkaan berbanding keperluan operator lain yang mahukan penindasan bunyi yang lebih di samping mengekalkan kualiti suara sebenar. Dengan perisian LifeVibes VoiceExperience, NXP Software menawarkan penyelesaian yang bukan setakat memenuhi keperluan AT&T, malah melangkaui jangkaan yang telah ditetapkan. Penyelesaian yang ditawarkan oleh perisian penuh tersebut boleh didapati pada platform perkakasan kebanyakan telefon mudah alih termasuk Qualcomm, Intel, Tensilica, CEVA dan Samsung Exynos.
Samsung ATIV S Neo kini boleh didapati daripada AT&T. Peranti ini menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon MSM8930 dan VoiceExperience pada Hexagon DSP bagi memenuhi keperluan AT&T dalam menghilangkan gema dan penindas bunyi 2-mikrofon. Ini menunjukkan bahawa penyelesaian perisian LifeVibes VoiceExperience merupakan pilihan dengan spesifikasi sedia ada dalam membangunkan peranti yang memenuhi keperluan AT&T.
“Penghasilan peranti mudah alih inovatif berdasarkan LifeVibes VoiceExperience bagi kesemua operator merupakan komitmen kami terhadap rakan kongsi kami,” kata Nicolas Sauvage, Pengarah Pemasaran & Jualan, OEM Business Line. “Penyelesaian perisian kami meningkatkan kualiti suara yang kini boleh didapati pada rangkaian mudah alih AT&T. Ia memenuhi kesemua keperluan kualiti suara AT&T tanpa sebarang pengecualian.”
LifeVibes VoiceExperience memastikan peranti mudah alih mampu membuat panggilan suara yang jelas dan terang. Perisian ini turut memberikan kualiti suara melebihi penawaran yang diberikan oleh operator mudah alih. VoiceExperience yang merupakan platform bebas, penyelesaian perisian penuh yang menawarkan jualan yang pantas beserta kualiti terbaik dengan sokongan seluruh dunia ini digunakan dalam hampir satu bilion peranti mudah alih.
Sumber NXP Software
0 comments:
Post a Comment