http://www.youtube.com/watch?v=c8xjXqC9m2A
Seni fotografi kini beranjak ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Peranti bersaiz bola tenis Panono berupaya mengambil gambar secara panorama dan juga dari udara. Peranti yang disasarkan kepada pengguna biasa ini memiliki kelasnya yang tersendiri.
Mula dipasarkan hasil dari program 'crowd-funding' di Indiegogo, peranti bulat ini mempunyai 36 kamera kecil boleh dibaling sesuka hati.
Apabila dibaling ke udara, Panono mampu mengesan tinggi kedudukan dan mula mengambil gambar. Gambar yang diambil boleh dicapai sehingga 360 darjah kali 360 darjah dan kekuatan piksel sehingga 72 mega piksel.
Gambar yang telah diambil boleh disemak melalui Apllikasi Panono dari iOS dan juga android. Gambar tersebut juga bole dinaik ke internet untuk dikongsi.
Pereka peranti ini, Jonas Pfeil sebelum ini pernah memperkenalkan peranti yang serupa pada 2011 di Youtube tetapi kos awalan yang tinggi menyebabkan peranti ini gagal dipasarkan.
Setelah berjaya menurunkan kos awalan peranti tersebut, pengeluar berjaya memasarkan peranti tersebut kepada umum dan menurut jurucakap syarikat Panono peranti ini disasarkan kepada jurugambar amatur yang giat meningkatkan mutu fotografi mereka.
Walaupun begitu, keseluruhan kempen Panono di Indiegogo memerlukan sekurang-kurangnya USD900,000 untuk mengeluarkan produk ini. Dan oleh sebab itu, sesiapa yang berminat harus menumbang sekurang-kurangnya USD549 untuk setiap unit.
0 comments:
Post a Comment