Recent Comments

Wednesday, November 13, 2013

Pantau setiap pergerakan


IMG_4791_thumb

Navigasi jalan, maklumat barometrik, altimeter dan kompas 3D. Kesemua ini biasanya tiada kena mengena dengan jam tangan. Tetapi ianya tidak mustahil dengan jam tangan Ambit keluaran Suunto. Jenama Suunto biasanya sinonim dengan teknologi jam tangan yang canggih dan biasanya menjadi pilihan para atlet atau penggemar aktiviti lasak. Pada mereka ini, jam tangan bukan hanya untuk mengetahui waktu malahan lebih dari itu.

Untuk pasaran Malaysia Suunto telah mengeluarkan 2 model iaitu Ambit 2 dan Ambit 2s. Model-model ini berupaya memantau tahap prestasi pengguna berenang, berbasikal, berlari atau apa-apa jua jenis latihan sukan.

Selain dari model-model ini, Suunto juga telah menambahnaik laman web App Zone dan Movescount mereka. Laman web ini berupaya mencari dan memasang applikasi untuk jam Ambit. Kedua-dua laman ini sekarang mempunyai lebih 5000 applikasi yang dibangunkan oleh pengguna Suunto sendiri. Applikasi seperti pemantau lokasi pengguna dan tahap prestasi boleh dimuat turun dari laman web ini.

Model Ambit 2 dan Ambit 2s boleh didapati dengan atau tidak dengan pemantau degupan jantung. Pelbagai pilihan warna juga boleh dipilih dan yang paling istimewa ialah model edisi permata nilam Ambit 2 yang datang dengan badan besi tahan lasak dan cermin nilam jernih.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)