Recent Comments

Friday, November 15, 2013

Peranti Dakwah Dr. Zakir




Ulama Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam perdebatan agama iaitu Dr Zakir Abdul Karim Naik yang baru-baru ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M telah mencipta aplikasi telefon pintar / smartphone 'Peace Mobile' yang islamik. Ia merupakan suatu aplikasi media yang berguna yang menggabungkan Al-Quran dan sains moden. Smartphone ini merupakan satu-satunya telefon pintar yang telah diubah suai dengan menggunakan aplikasi software Islam dan membantu masyarakat islam untuk sentiasa terhubung dengan perkembangan dunia islam.

Dr. Zakir Naik yang juga pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam),  yang mengerakkan saluran tv satelit iaitu Peace TV telah berjaya menarik penonton di seluruh pelusuk dunia sehingga mencecah 200 Juta penonton.

Telefon pintar ini akan memuatkan 80 jam video Dr. Zakir naik, 50 aplikasi islamik, beratus wallpaper islamik dan juga terdiri daripada 200 ringtones islamik. Mampukah smartphone rekaan Dr Zakir Naik memberi saingan kepada telefon pintar lain.?

 

Filled Under:

1 comments:


 

Feature Ad (728)