Recent Comments

Friday, November 15, 2013

Yahoo tampil dengan wajah baru




Setelah melancarkan logo terbaru beberapa hari lepas, Yahoo telah menaik taraf reka bentuk laman web mereka agar lebih interaktif dan moden.

Halaman depan Yahoo ini buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna di Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Ireland dan Afrika Selatan.

Dalam laman bolg Yahoo UK, Yahoo mengatakan yang laman hadapan mereka adalah seolah-olah pintu depan sebuah rumah. Yahoo juga menambah yang penaiktarafan ini adalah untuk membuktikan komitmen Yahoo dalam menyediakan sebuah laman web enjin carian yang menawan dan reka bentuk yang moden.

Yahoo akur dengan keperluan pengguna yang mahukan maklumat terkini yang cepat tanpa menyekang kebebasan pengguna untuk mengekalkan elemen Yahoo yang familiar bagi mereka.

Sasaran Yahoo menurut jurucakap mereka ialah untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna di laman web Yahoo. Pengguna kini boleh membaca berita terkini, memeriksa emel, memuat naik foto dan sebagainya dengan cara yang lebih tersendiri dan intuitif.

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)