Terbaru Facebook telah menaiktaraf perkhidmatan pesanan ringkasnya untuk peranti Android dan iOS. Naik taraf tersebut telah menjadikan peasanan ringkas Facebook kini mirip WhatsApp, Line, Wechat dan sejenisnya.
Menurut facebook applikasi Facebook messanger ini membolehkan pengguna Facebook menghantar pesanan ke pengguna Facebook lain melalui talian mudah alih. Pengguna tidak perlu menetapkan nombor telefon penerima kerana aplikasi ini secara automatik akan mengesan nombor telefon mudah alih pengguna berdasarkan dari profil Facebook pengguna. Lebih hebat lagi pesanan dapat dihantar walaupun penerima bukan teman Facebook si penghantar.
Antara lain Facebook juga mengiktiraf antara muka Facebook Messenger agar tampil lebih kemas dan mesra pengguna. Selain itu Facebook Messenger juga membolehkan pengguna melihat pengguna Facebook Messenger yang lain melalui paparan muka di skrin.
Pembaharuan ini nyata meletakkan Facebook sekali lagi dihadapan dalam teknologi pesanan ringkas media sosial.
0 comments:
Post a Comment