Recent Comments

Friday, November 15, 2013

Bieber hilang aura di Twitter


Ikon muzik terkenal Amerika Syarikat Justin Bieber bukan lagi ikon pengikut ramai terbanyak di Twitter. Bilangan ‘Follower’ Justin Bieber kini dipintas oleh seorang lagi ikon muzik wanita Katy Perry. Rekod yang dibanggakn Justin Bieber selama 9 bulan sebelum ini hancur di tangan jelitawan Katy Perry.


Sehingga artikel ini ditulis, Katy Perry mempunyai seramai 46,500,746 pengikut manakala Justin Bieber hanya mempunyai 46,488,825 pengikut sahaja.

Walaupun Justin Bieber masih berbangga dengan akaun Twitter kedua beliau yang sedang meningkat setiap minit, pengikut Katy Perry juga bertambah dengan pesat. Perbezaan pengikut kedua-dua ikon ini di waktu ini adalah 11,921 pengikut.

Imbas semula tahun 2010, penyanyi dan pencipta lagu Lady Gaga menjadi selebriti paling popular di Twitter. Namun tahun ini Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Germanotta itu terpaksa berpuas hati dengan temppat ketiga di belakang Justin Bieber dan Katy Perry dengan jumlah pengikut sekitar 40 juta.

Tempat keempat diduduki Presiden Amerika Barrack Obama dengan 39 juta pengikut, manakal Taylor Swift di belakang dengan jumlah pengikut 36 juta.

Top-10-Celebrities-with-the-Most-Twitter-Followers5

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)