Recent Comments

Monday, November 18, 2013

SnapChat: Pesaing hebat Instagram


Dominasi Instagram sebagai laman social foto dan video peribadi mula digoncang. Terbaru, ada aplikasi baru di pasaran yang mula mendapat tempat di hati pengguna laman sosial. Diperkenalkan SnapChat.

SnapChat adalah aplikasi foto dan video atas talian yang unik dan interaktif. Cara penggunaannya sangat mudah. Bagi mereka yang pernah menonton filem ‘Mission Impossible’ sudah pastinya mengingati babak di mana sebarang mesej yang diterima oleh pengintip dalam filem tersebut musnah atau hangus secara automatik. Inilah kelebihan yang ada pada SnapChat.

Pengguna SnapChat boleh mengambil foto atau video yang ingin dikirimkan melalui aplikasi tersebut dan menetapkan berapa lama foto atau video itu boleh dilihat si penerima. Maksima wakt yang boleh ditetapkan misalnya 10 saat dan foto atau video tersebut akan terpadam secara automatik. Tiada simpanan pada peranti mudah alih penerima. Cool bukan?

SnapChat boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android. Ini kerana keunikan aplikasi ini, Snapchat telah di muat turun lebih 10 juta pengguna dan setiap hari lebih 5 juta foto di muat turun naik ke SnapChat.

Lebih menarik lagi SnapChat adalah antara 10 aplikasi paling popular di Appstore. Dan berikutan kemajuan SnapChat di pasaran peranti mudah alih banyak syarikat-syarikat besar menunjukkan minat untuk melabur di SnapChat.

Nilai pasaran saham SnapChat telah pun bernilai lebih 800 juta Dollar, satu nilai yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengambil alihan  Instagram oleh Facebook.

http://www.youtube.com/watch?v=nbt0CwmtGEE

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)