Recent Comments

Monday, November 18, 2013

Yahoo Lelong nama Domain


Setelah beberapa ketika, Yahoo memutuskan untuk menjual simpanan nama-nama domain yang berada dalam simpanan mereka.

Dipetik dari The Next Web, lelongan tersebut akan berlangsung selama seminggu mulai dari 14 november hingga 21 november 2013. Dilaporkan harga-harga lelongan akan bermula serendah USD1000 dan setinggi USD1.5 juta.

Lelongan tersebut yang diberi nama ‘Domainapalooza’ akan menyaksikan kira-kira 100 nama domain dilelong. Ketika artikel ini ditulis 29 nama telah berjaya dijual dan yahoo sedang mengemaskini senarai terbaru nama domain tersebut.

Yahoo tidak menjelaskan secara terperinci mengapa mereka menjual nama-nama domain tersebut. Tetapi yang jelasnya sekiranya mereka berjaya menjual kesemua domain tersebut pastinya mereka memperolehi keuntungan yang besar mencecah jutaan dolar Amerika dengan mudah.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)