Recent Comments

Tuesday, December 3, 2013

6 Gajet untuk rumah pintar


Telefon pintar bukan lagi objek pintar dalam dunia teknologi sekarang. Jam pintar, kereta pintar dan objek-objek pintar yang lain sudahpun memenuhi pasaran.

Tapi bagaimana pula dengan kediaman kita? Bagaimanakah caranya boleh kita transformasi rumah kita menjadi rumah pintar?

Artikel ini menyenaraikan 6 gajet futuristik yang mana mungkin boleh mengubah kediaman kita menjadi rumah pintar.

1. iRobot Scooba 390


http://www.youtube.com/watch?v=76No31nrANM

Bagi mereka yang pernah mendengar atau melihat Roomba, sudah pasti tidak perlu diterangkan lagi kehebatan alat ini. Scooba membuatkan pengalaman membersihkan rumah ke satu tahap yang sangat futuristik. Scooba menyapu dan membersihkan lantai rumah secara automatic tanpa sebarang kawalan. Pengguna boleh menetapkan masa bila lagi alat ini menggunakan 4 peringkat pembersihan yang mana mampu membuang sehingga 99% bakteria di rumah anda. Hebat bukan?

 

2. Goji kunci pintar


http://www.youtube.com/watch?v=AWx2gkeNojU

Alat ini dipasang pada pintu rumah anda menghantar gambar terkini sekiranya pintu tersebut dibuka tanpa kunci yang ditetapkan tersu ke telefon bimbit anda. Rekod keluar dan masuk juga boleh disemak melalui alat ini membuatkan anda boleh membuat pemantauan penuh terhadap keluar masuk di rumah anda. Sudah pastinya anak-anak anda tidak boleh menyelinap keluar tanpa pengetahuan  anda (melainkan melalui tingkap). Alat ini boleh dipasang pada mana-mana pintu kayu atau besi dengan sedikit modifikasi.

 

3. Spotter pengesan serbaguna


http://www.youtube.com/watch?v=teghSamoF3I

Spotter adalah pengesan serbaguna yang mampu mengesan cahaya, suhu, bunyi, tahap kelembapan, pergerakan dan berbagai lagi. Ianya mampu mengesan segala aktiviti di rumah anda dari mesin basuh dan pergerakan anak-anak contohnya. Alat ini disambungkan tanpa wayar ke telefon bimbit anda di mana anda akan menerima pemberitahuan bergantung pada tetapan. Alat ini boleh dibeli dari Quirky.com dengan harga USD49.90.

 

4. Smart Things- Kesan dan kawal rumah anda


http://www.youtube.com/watch?v=b_QMsXANxzY

Alat ini membolehkan pengguna mengawal barangan elektronik, elektrik dan lampu di rumah anda menggunakan telefon pintar. Antara kawalan yang boleh dioperasikan adalah seperti mengunci dan membuka pintu, mematikan dan menghidupkan lampu dan yang paling hebat berhubung dengan laman sosial anda (contoh: menghidupkan lampu sekiranya rakan anda menanda anda pada gambar atau status di facebook). Alat ini boleh di dapati dalam dua pakej yang berlainan setiap satu dijual dengan harga USD199 dan USD299.

 

5. Moxie Bluetooth showerhead


http://www.youtube.com/watch?v=7Q2yzeQMNSE

Sekiranya anda gemar menyanyi ketika madi alat ini untuk anda. Dengan menyambungkan pemain media anda kea lat ini tanpa wayar anda boleh berhibur sambil mandi. Alat ini boleh di dapati di dalam 5 variasi yang mana secocok dengan bilik air anda. Pembesar suara alat ini boleh di tanggalkan untuk dicaj semula. Harga USD199.

 

6. Withings Wifi- Pantau bayi kesayangan


http://www.youtube.com/watch?v=GJG9DqRqPs0

Alat ini sangat sesuai bagi ibu bapa yang mementingkan keselesaan dan keselamatan bayi mereka. Ibu bapa boleh memantau pergerakan bayi melalui kamera resolusi tinggi dan pandangan malam yang mana datang sekali dengan monitor. Lebih menarik lagi alat ini juga membolehkan perhubungan dua hala dengan adanya skrin dan mikrofon pada kedua-dua alat pemancar dan penerima. Harga USD249.99.

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)