Recent Comments

Tuesday, December 3, 2013

Jam Cincin Digital


Perkembangan dunia teknologi dan fesyen dinafikan berjalan seiring. Dengan penciptaan peranti yang boleh dipakai (wearable device) membuatkan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan seharian. Keterampilan peranti-peranti ini menggambarkan bagaimana teknologi boleh diterjemahkan melalui fesyen.

Inovasi terbaru dari Gustavszikszai membuktikan bagaimana objek yang ringkas seperti cincin boleh di inovasikan menjadi peranti digital.

Peranti ini yang mirip gajet terulung seorang pengintip dikemaskini agar tampak kemas dan glamor. Sudah pastinya peranti ini menjadi pilihan pada mereka yang tidak gemar memakai jam tangan.



Cincin digital ini mempamerkan masa melalui paparan digital cahaya LED. Tidak seperti jam konvensional yang mana sentiasa hidup sepanjang masa, cincin ini hanya beroperasi apabila si pemakai memusingkan putaran suis pada cincin ini. Ini membuktikan peranti ini sangat efisien dalam menggunakan kuasa bateri.

Pemakai tidak perlu risau menggantikan bateri kerana cincin digital ini datang dengan bateri dalaman yang mana boleh dicaj semula secara tanpa wayar. Alat pengecas yang didatangkan juga tampak futuristik seolah-olah sebuah UFO mini.

Setiap isian semula bateri, peranti ini mampu bertahan sehingga berminggu. Isian semula dianggarkan selama dua jam tanpa perlu menyambungkan apa-apa kabel.

Soal ketahanan tidak perlu risau. Peranti ini yang mana dibuat dari keluli tahan karat juga kalis air. Pemakai boleh terus memakai sekalipun ketika mandi, berenang atau pun menyelam. Namun begitu tidak dosyorkan berada terlalu lama di dalam air. Dengan kelebihan diperbuat dari keluli tahan karat pemakai tidak perlu risau tentang alahan dan keluli ini tidak akan teroksida atau bertukar warna menjadi hitam.



Cincin digital ini akan dipasarkan pada waktu terdekat tetapi jika anda mengikuti program ‘Crowd Funding’ di Indiegogo anda mungkin menjadi antara yang terawal untuk memiliki gajet yang cool ini. Saiz yang disediakan adalah antara saiz 5-15. Selamat Bergaya!

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)