Dunia pengiklanan sentiasa penuh dengan kejutan dan inovasi yang kreatif. Baru-baru ini British Airways melancarkan kempen pengiklanan terbaru mereka yang berkonsepkan “look up” (pandang atas). Kempen ini yang mengajak orang ramai mengimbau nostalgia semasa di zaman kanak-kanak. Saya pasti di zaman kanak-kanak dahulu pasti kita teruja apabila melihat kapal terbang melintas di atas rumah kita. Inilah yang cuba disampaikan dalam iklan terbaru British Airways.
Satu iklan video di London Piccadilly Circus menayangkan seorang anak muda menunjuk ke langit. Jika anda mengikuti jalan jarinya, anda akan melihat bahawa ia menunnjukkan kepada sebuah pesawat sebenar di atas. Kemas kini papan iklan tersebut adalah dalam masa sebenar, memaparkan bilangan penerbangan dan destinasi. (Dalam video itu, di bawah, ia adalah penerbangan BA475 dari Barcelona.)
Iklan sebegini adalah pertama seumpamanya di dunia. Dan pendekatan British Airways dalam menarik minat penumpang terbang bersama mereka harus diberi penghormatan.
0 comments:
Post a Comment