Jeff Bezos, pengasas laman web beli-belah atas talian membuat kejutan sekali lagi. Beliau yang terkenal dengan idea-idea yang inovatif mendedahkan perancangan terbaru Amazon yang boleh dikatakan agak radikal.
Dalam satu rancangan malam ahad lepas (60 minutes), Jeff Bezos mendedahkan projek terbaru Amazon yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015.
Projek tersebut yang dinamakan Amazon Prime Air dikatakan menggunakan ‘Drone’ atau robot terbang untuk menghantar barangan yang dibeli melalui laman web Amazon. Perkhidmatan tersebut dioperasikan oleh unit kawalan jauh ‘Quadcopter’ yang mana secara automatik mengambil barang yang ditempah di gudang dan terus dihantar ke rumah pelanggan sejurus pelanggan menekan butang ‘beli’ di laman web beli belah atas talian yang popular itu.
Video mengenai bagaimana perkhidmatan ini dijalankan telah pun disiarkan di Youtube untuk tontonan orang ramai. Dalam video tersebut menunjukkan proses pakej yang diambil dari gudang dan seterusnya dihantar terus ke rumah pelanggan dalam masa 30 minit selepas pelanggan melengkapkan pembelian di laman web Amazon.com
Perkhidmatan ini sesungguhnya nampak sangat futuristik dan inovatif yang mana proses yang sepatutnya dilengkapkan oleh manusia, disiapkan oleh robot dalam jangkamasa yang sangat efisien. Penggunaan robot dalam kehidupan seharian mampu memudahkan lagi proses-proses yang rumit dan menjimatkan.
http://www.youtube.com/watch?v=98BIu9dpwHU
pehh, dasat. siap ada robot lagi tu.
ReplyDeletetu la.. kalo poslaju ader servis camnie confirm xder barang lambat hantar.
ReplyDelete[…] tahun lepas Jeff Bezos pernah mengejutkan dunia dengan rancangan beliau untuk menggunakan Drone sebagai mod penghantaran barangan Amazon kali ini mereka dilaporkan pula untuk mengurangkan masa […]
ReplyDelete