Recent Comments

Sunday, December 1, 2013

Virus termahal di Dunia


Hanya dengan beberapa baris kod komputer, komputer di seluruh dunia gagal berfungsi. Keadaan ini yang disebabkan oleh virus komputer mampu membawa malapetaka kepada syarikat-syarikat mahupun Negara yang bergantung kepada system komputer.

Artikel kali ini menyenaraikan 10 virus yang paling merbahaya pernah dihasilkan. Virus-virus ini telah menyebabkan kerugian hampir USD100 billion.

 

1. MYDOOM (Nilai kerugian USD39 billion)



Virus pengintip ini mempunyai rekod latar belakang yang pelbagai. Virus ini terkenal kerana keupayaannya yang merebak dengan pantas. Pada tahun 2004 keseluruhan internet di dunia menjadi perlahan 10% dari yang biasa disebabkan virus ini walaupun jangka hayatnya hanya diprogram untuk 12 hari sahaja. Pada waktu kejadian, dianggarkan setiap 12 emel di seluruh dunia dijangkiti virus ini.

 

2. BLASTER (Nilai kerugian USD33 billion)



Virus ini menjangkiti komputer di seluruh dunia melalui jalan belakang yang dikenali URL pelayar Microsoft. Virus ini bertindak dengan membebankan pelayar windows update dengan menggunakan DOS. Kejadian berlaku pada tahun 2003.

 

3. CONFICKER (Nilai kerugian USD9 billion)



Virus ini menjangkiti komputer sasaran dengan menggunakan kelemahan pada perisian fail dan pencetak yang dikeluarkan oleh Windows. Melalui jalan tersebut, virus ini berjaya membuatkan pelayar Windows menghalang sebarang log masuk oleh pelanggan Microsoft. Pada zahirnya virus ini tidak membuat sebarang kerosakkan tetapi hanya melumpuhkan perhubungan antara Microsoft dan pelanggan mereka. Pada awal 2009 hampir 50 juta komputer di seluruh dunia dijangkiti virus ini.

 

4. ILOVEYOU (Nilai kerugian USD8.7 billion)




Ramai yang percaya seorang rakyat Filiphina, Onel de Guzman adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan virus ini pada tahun 2000. Modus operandi adalah melalui emel besar-besaran yang mana apabila emel dibuka, virus tersebut secara automatik akan memadamkan fail-fail di komputer. Sungguhpun begitu Onel de Guzman terlepas dari sebarang dakwaan berikutan undang-undang Filiphina pada ketika itu tidak memperuntukkan apa-apa hukuman untuk jenayah siber.

 

5. SASSER (Nilai kerugian USD5 billion)




Virus ini menghentikan operasi komputer dengan menggunakan kelemahan pada sistem Operasi Windows (LSASS) yang mana menyebabkan komputer yang dijangkiti dimatikan secara tiba-tiba. Berikutan kejadian ini, Microsoft menawarkan wang ganjaran USD250.000 (RM794,962) kepada sesiapa yang dapat menangkap petualang virus tersebut. Hasilnya seorang pelajar sains komputer berumur 17 tahun Sven Jaschan dari Rotenburg dijatuhkan hukuman 21 bulan dalam pengawasan.

 

6. CODE RED (Nilai kerugian USD2.6 billion)




Pada tahun 2001 virus ini menyerang laman web White House melalui serangan DDOS. Virus tersebut dipercayai berasal dari Filipina.

 

7. SOBIG.I (Nilai kerugian USD2.5 billion)




Virus ini yang mana berasal dari versi ke-6 virus yang tidak kenali yang dikesan pada tahun 2003. Versi yang terbaru dikatakan sangat efektif memandangkan kebolehannya menghantar sendiri kepada kesemua emel yang dijumpai dalam sesebuah sistem. Virus ini juga dikatakan mampu membina sendiri pelayar emel untuk tujuan penghantaran.

 

8. SQL SLAMMER



Pada tahun 2003 virus ini menyusup masuk ke mana sistem yang mempunyai Database SQL. Berikutan itu hampir keseluruhan mesin ATM di seluruh USA lumpuh. Lebih memeranjatkan virus ini mampu merebak dengan pantas yang mana hampir separuh rangkaian mesin ATM di US dijangkiti di bawah catatan masa kurang 15 minit.

 

9. MELISSA (Nilai kerugian USD101 billion)



Pada tahun 1999, virus ini menjangkiti rangkaian pejabat melalui emel. Pada awalnya virus ini dihantar melalui 50 alamat pertama komputer mangsa yang mana menyebabkan pelayar emel lumpuh serta merta. David L. Smith seorang warganegara US di dakwa kerana menyebarkan virus tersebut. Beliau di hukum penjara 20 bulan dan denda USD5.000 (RM20,000).

 

10. NIMDA (Nilai kerugian USD 590 juta)




Virus Nimda menyerang sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Pada mulanya Al-Qaeda dituduh mendalangi penyebaran virus tersebut. Namun begitu sebuah syarikat keselamatan siber menemukan bukti lain yang menunjukkan virus tersebut berasal dari China.

 

Filled Under:

1 comments:


 

Feature Ad (728)