Recent Comments

Sunday, December 1, 2013

Robot pemandu arah


Sekumpulan jurutera dari makmal Sensable City, Massachusetts Institute of Technology telah mencipta sebuah robot terbang yang berpotensi berfungsi sebagai pemandu arah.

Dinamakan sebagai Projek ‘Skycall’, robot terbang ini di uji sebagai pemandu arah untuk pelajar dan pelawat di kampus tersebut. Robot terbang tersebut dikawal melalui satu aplikasi khas yang dimuat turun ke telefon pintar atau tablet. Bagi fungsi arah, ‘Skycall’ menggunakan GPS pada peranti mudah alih yang digunakan untuk menentukan lokasi si pengguna. Dengan menaip lokasi yang ingin dilawat di aplikasi tersebut, ‘Skycall’ akan memandu arah lokasi sambil menentukan jarak si pengguna supaya tidak ketinggalan.
“Penggunaan ‘Google Maps’ sebagai pemandu arah kadangkala membuatkan si pengguna terleka dan terlepas pemandangan sekitar kerana terpaksa menumpukan perhatian pada skrin telefon pintar mereka. Skycall membuatkan pengguna lebih selesa sambil menikmati pemandangan sekitar dan hanya berpandukan Skycall di hadapan mereka” kata seorang jurutera yang membangunkan ‘Skycall’.

Setakat ini ‘Skycall’ hanya di uji di sekitar kampus MIT. Pada perancangan masa hadapan makmal Sensible City mensasarkan ujian di Bandar boston, Amerika Syarikat.

http://www.youtube.com/watch?v=mB9NfEJ0ZVs

Filled Under:

1 comments:


 

Feature Ad (728)