Recent Comments

Sunday, December 1, 2013

Rambut palsu canggih


Sekiranya anda seorang yang botak dan sesat, produk terbaru ‘Smart Wig’ mungkin untuk anda.

Teknologi canggih ini yang mana boleh membaca fikiran si pemakai rambut palsu ini membolehkan si pemakai mencari arah menerusi GPS yang terbina dalaman.

Produk ini dihasilkan oleh sekumpulan jurutera dari Jepun yang mendapat idea dari ‘Wearable Devices’.

Smart Wig berhubung dengan satelit melalui cip GPS yang dipasang di bahagian bawah rambut palsu tersebut. Walaupun lucu,produk ini memberi arahan si pemakai arah tuju melalui getaran di beberapa bahagian kepala si pemakai.

Antara ciri lain Smart Wig adalah ianya juga dapat mengesan dan mengukur suhu badan, tekanan darah, gelombang otak dan juga dapat merakam apa yang dilihat oleh si pemakai melalui satu kamera kecil di hadapan rambut palsu tersebut.

Smart Wig masih diproses ujian dan menurut jurucakap Sony Jepun, teknologi Smart Wig telah di patenkan tetapi tiada perancangan untuk dipasarkan dalam masa terdekat.

http://www.youtube.com/watch?v=1ugruTvhixI

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)