Recent Comments

Sunday, December 8, 2013

Cermin mata pintar Vuzix dilancarkan


Walaupun lewat 6 bulan dari tarikh pelancaran yang disasarkan, Vuzix masih menjadi cermin mata pintar yang pertama dipasarkan untuk pasaran komersil.

Vuzix, sebuah syarikat pengeluar alatan ketenteraan seperti paparan kepala (heads-up display) dan fon kepala (headset) mengumumkan tentang perasmian produk mereka yang terbaru, cermin mata pintar Vuzix M100.

Cermin mata pintar ini yang agak berbeza dari Google Glass yang mana si pemakai boleh memilih untuk memakai pada sebelah mata kanan atau kiri. Cermin mata pintar ini disambungkan kepada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth memberi si pemakai pengalaman seperti melihat skrin 4inci HD dari jarak 30cm (seperti melihat telefon pintar dari jarak sedepa).

Peranti ini juga dilengkapi kamera 5 megapiksel untuk rakaman gambar dan video HD yang mana boleh disimpan di storan terbina dalaman 4gb atau dengan tambahan kad mikro SD.

Berbeza dengan Google Glass yang bergantung sepenuhnya pada arahan suara, Vuzix beroperasi melalui 4 butang utama yang terletak di sisi cermin mata pintar ini. Selain itu, Vuzix juga di lengkapi dengan pembesar suara terbina, mikrofon dan juga pengesan GPS.

Vuzix dijual pada harga $999.00 (RM3,226.00) seunit melalui tempahan awal di laman web syarikat tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=mrk1qC7ML48

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)