Jika dilihat trend telefon bimbit yang semakin hari semakin nipis rekaannya, tidak mustahil penyambung USB pun boleh menjadi nipis. Lebih menarik lagi pengguna tidak perlu risau jika sambungannya terbalik.
Terbaru, USB 3.1 Promoter Group mengumumkan tentang pembangunan untuk penciptaaan penyambung USB generasi baru Type-C sedang giat dijalankan. Sambungan USB ini lebih nipis dan kemas berbanding penyambung USB versi 3.0 yang sudah berada dipasaran.
Penyambung USB 3.1 ini dikatakan mampu menghantar data sehingga 10 gigabit sesaat dengan hanya menggunakan kabel yang lebih kecil. Rupa dan bentuk penyambung USB ini mirip penyambung USB 2.0 micro-B cuma yang bezanya penyambung USB 3.1 ini mampu beroperasi walaupun penyambungnya dipasang terbalik.
Rekaan kepada USB 3.1 serupa dengan penyambung kabel Apple Lightning yang mana juga boleh dipasangkan terbalik.
Sambungan USB Type-C ini yang mana direka berdasarkan teknologi USB 3.1 dan USB 2.0 mempunyai fungsi kuasa yang boleh diukur membolehkan fungsi caj semula pada peranti-peranti mudah alih yang sedia ada.
Menurut Promoter Group, pembangunan USB Type-C dijangka siap pada pertengahan 2014.
0 comments:
Post a Comment