Ikon terkenal dunia Nelson Mandela meninggal dunia khamis yang lepas membuatkan jutaan pengguna media sosial berkabung atas kematian beliau.
Berjuta-juta orang mengambil kesempatan kelebihan media sosial untuk menghormati pemimpin politik yang terkenal ini. Di Twitter, pengguna menulis 7.2 juta tweet mengenai kematiannya, dengan anggaran 95,000 tweet seminit, menurut seorang jurucakap Twitter.
Jumlah ini secara relatifnya telah menjangkaui mana-mana peristiwa penting sepanjang tahun 2013. Sebagai perbandingan, Super Bowl pada bulan Februari perlawanan antara 49ers San Francisco dan Baltimore Ravens menjana lebih daripada 24 juta tweet, termasuk lebih daripada 231,000 seminit semasa gangguan eletrik semasa perlawanan.
Pada Facebook hari Khamis pula, trafik adalah lebih tinggi. Sebanyak 39 juta orang menghasilkan lebih daripada 80 juta interaksi berkaitan dengan kematian Mandela. Seperti yang dijangka, Afrika Selatan merupakan negara yang kedua paling aktif dari segi siaran mengenai bekas presiden, selapas Amerika Syarikat.
Twitter menggunakan tweet tentang kematian Mandela untuk menjana grafik di atas, yang terdiri daripada teks-teks ditulis pengguna Twitter.
0 comments:
Post a Comment