Recent Comments

Tuesday, December 31, 2013

Info BR1M 3.0: Anda sudah daftar?


Sempena pembukaan pendaftaran BR1M 3.0 baru-baru ini apa kata kita lihat semula info-info dan fakta menarik mengenai BR1M 3.0 2014.

Dan sebelum mendaftar apa kata anda semak dulu kelayakan anda:

Br1m 3.0

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014

  • Warganegara Malaysia

  • Berumur 21 Tahun Keatas

  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah

  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000

  • Individu Bujang yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah


 

CARA PENDAFTARAN BR1M 2014


Untuk pengetahuan pembaca pendaftaran BR1M kali ini dipermudahkan oleh kerajaan samada melalui borang biasa dan atas talian. Bagi mereka yang ingin mendaftar secara atas talian, isian borang boleh dilaksanakan di laman-laman web berikut;

Dan bagi mereka yang ingin mendaftar secara manual, borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web ini;

Sekiranya anda perlu bantuan dan panduan bagaimana ingin mengisi borang-borang ini, anda boleh memuat-turun panduan dari pautan ini;

 

CARA PEMBAYARAN BR1M 2014


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014 akan mula dibayar mulai bulan Februari 2014.

 

KADAR PEMBERIAN BR1M 2014


Pendapatan isi rumah RM3000 dan kebawah

  • RM650

  • i-BR1M: RM50


Pendapatan isi rumah RM 3,000 hingga RM4000

  • RM450

  • i-BR1M: RM50


Warga Emas berusia 60 tahun dan keatas/ tinggal sebatang kara

  • RM650

  • i-BR1M: RM50


Individu Bujang Berusia 21 Tahun Keatas Dan Bekerja Berpendapatan RM2000 kebawah

  • RM300


 

INFOGRAFIK BR1M 3.0 2014


infografik BR1M

 

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)