Dengan Foodini, menyediakan makanan menjadi lebih mudah, ringkas dan canggih.
“Matlamat Foodini adalah untuk memudahkan lagi penyediaan makanan yang rumit yang mana sering membuatkan pengguna lemah semangat untuk memasak”
Terang Lynette Lucsma, pengasas Foodini dalam satu temuramah melalui emel oleh Mashable.
Foodini adalah pencetak 3D yang mampu mencetak pelbagai makanan berasaskan ulian tepung. Peranti ini membenarkan pengguna memilih dari berbagai-bagai resepi yang disediakan atau pengguna boleh mencipta resipi yang tersendiri. Sebagai contoh jika pengguna ingin memasak Ravioli, pengguna hanya perlu menyediakan ulian tepung dan inti. Bahan ini seterusnya akan dimasukkan ke dalam kapsul makanan peranti ini dan seterusnya pilih menu ‘Ravioli’ dari paparan skrin sesentuh peranti ini. Foodini kemudiannya akan mencetak bentuk penuh ravioli. Dan pengguna hanya perlu memasak hasil cetakan tersebut.
Foodini dibangunkan oleh Syarikat Natural Machine dan dijual sekitar harga USD1300. Pengguna tak perlu risau tentang saiz peranti ini kerana Foodini hanya hamper sebesar ketuhar gelombang mikro dan peranti ini beroperasi terus sejurus dikeluarkan dari kotak. Tiada pemasangan diperlukan. Alasan rumit bukan lagi alasan untuk malas memasak.
0 comments:
Post a Comment