Recent Comments

Friday, December 6, 2013

Microsoft hasilkan pakaian dalam 'pintar'


Pakar saintis Microsoft sedang mengkaji pakaian dalam (bra) yang berteknologi tinggi yang mampu mengenal pasti si pemakai sekiranya mereka di dalam mood “stress”. Kebiasaannya wanita cenderung mengambil makanan berlebihan (over eating) apabila merasa diri dalam keadaan tertekan. Idea penghasilan bra 'pintar' ini, dikatakan mampu mengurangkan peratus obesiti  dikalangan wanita.

Dengan terciptanya bra 'pintar', si pemakai mampu mengawal pengambilan makanan berlebihan kerana bra 'pintar' ini mampu mengesan degupan jantung, pernafasan dan suhu badan dengan menghantar isyarat dari bra si pemakai. Amaran atau tanda bahaya akan dihantar melalui bluetooth kepada telefon pintar si pemakai. Dengan penghantaran isyarat ini, si pemakai mampu mengawal pengambilan makanan dan si pemakai sedar mereka sedang dipengaruhi oleh emosi dan sedang makan berlebihan. Canggih bukan?

Kemampuan bra 'pintar' juga sedang dikaji dimana ianya mampu meramal emosi si pemakai  dengan ketepatan sehingga 75%, dan ianya membolehkan si pemakai merekod emosi mereka seharian seperti diari emosi.

Bagi mereka yang ingin berdiet dengan cara semulajadi, bra 'pintar'  ini mampu membantu wanita berdiet dengan cara yang sihat. Diharapkan Microsoft mampu menghasilkan bra 'pintar' yang berkualiti tinggi  dari segi material, rekaan dan juga warna. Warna hitam dan pink mungkin mampu menarik wanita untuk memiliki hasil idea dari Microsoft ini!

Cara diet yang sihat dan canggih diabad ini,tahniah kepada Microsoft kerana memberikan perhatian kepada wanita  agar sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik!

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)