Recent Comments

Tuesday, December 24, 2013

Nautiz X1: Telefon pintar tahan lasak


Nautiz X1 adalah telefon bimbit yang direka khas kepada mereka yang cuai dan cemerkap. Ia dibina dengan mengutamakan ketahanan berbanding ciri-ciri lain yang ada pada telefon pintar dewasa ini.


Dikeluarkan oleh Syarikat Handheld Group, mereka mendakwa Nautiz X1 adalah telefon bimbit paling lasak di dunia. Telefon ini kalis air, kalis habuk, kalis hentakan dan berupaya digunakan walaupun dalam keadaan cuaca yang ekstrem; membuatkan telefon pintar ini sangat sesuai bagi peminat sukan lasak dan aktiviti luar.


Walaupun diiktiraf antara telefon paling lasak di dunia, Nautiz X1 hanya seberat 180 gram dan boleh dikatakan nipis berbanding kelebihan kelasakkan telefon ini. Antara lain telefon ini juga dilengkapi skrin sesentuh 4 inci yang mana senang dilihat walaupun digunakan di bawah sinaran matahari yang terik. Nautiz X1 didatangkan di dalam beberapa versi yang berbeza, antara versi tersebut termasuklah fungsi terbina U-Blox GPS dan fungsi kompas.


nautiz x1 smartphone


Nautiz X1 dioperasikan melalui sistem operasi Android 4.0 dan dikuasakan oleh cip pemproses dua teras 1Ghz dan RAM 1GB. Pengguna tidak perlu risau tentang liputan rangkaian kerana telefon ini dijangka sesuai digunakan dengan rangkaian-rangkaian telekomunikasi yang utama diseluruh dunia. Tambah menarik lagi, pengguna boleh mengiktiraf set bateri bergantung kepada keperluan pengguna.


Tiada pengumuman harga dibuat lagi oleh Syarikat Handheld. Akan tetapi telefon tahan lasak ini dijangka akan mula dijual pada awal tahun 2014.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)