Pengeluar telefon pintar China Vivo, secara rasminya mengumumkan produk terbaru mereka Xplay 3s yang dilengkapi skrin 6 inci 2k (2560×1440 piksel) paparan IPS. Paparan ini yang mana mempunyai kepadatan piksel 490 ppi menjadikan Vivo Xplay 3s telefon pintar pertama di dunia dengan paparan skrin 2k.
Antara spesifikasi lain peranti ini adalah cip pemproses Qualcomm snapdragon 800 (8974-AB), cip pemproses video empat teras Krait 400 2.3ghz, Adreno 330 550mhz, 3GB RAM, kamera belakang 13 megapiksel dengan F1.8 bukaan lensa, kamera hadapan 5 megapiksel, pengimbas cap jari di bahagian belakang, bateri 3200 mah dan storan dalaman 32 GB. Penggemar muzik pasti akan teruja dengan telefon pintar ini kerana ianya juga dilengkapi cip bunyi prestasi tinggi ESS Technology ES9018 DAC dan pembesar suara Texas Instrument OPA2604. Disamping itu bagi fungi bunyi sekeliling peranti ini di tambah dengan teknologi DTS Headphones-X. Pada masa perasmian, Vivo mengumumkan yang peranti ini beroperasi dengan sistem operasi FunTouch yang mana diasaskan dari sistem operasi Android.
Telefon pintar ini dijangka akan mula dijual di China dengan harga 3498 yuan (RM1898.25). Untuk pasaran antarabangsa pula, Vivo mensasarkan penjualannya pada tahun 2014.
https://www.youtube.com/watch?v=v2wlofrWWJw
0 comments:
Post a Comment