Kepada Gen-Y saya pasti anda semua pasti pernah melihat atau pernah menggunakan cakera liut pada ketika dahulu.
Walaupun mempunyai kapasiti storan yang sangat terhad cakera ini pastinya antara benda yang terpenting tika dahulu. Namun begitu zaman sudah berubah, cakera liut tidak lagi digunakan dan telah pun diganti tugasnya dengan storan USB yang mana menyimpan lebih banyak data.
Sungguhpun begitu, jangan dibuang sahaja storan purba ini, kreatifkan penggunaannya dengan tips di bawah:
1. Tag bagasi
Langkah 1: Leraikan bekas plastik cakra tersebut dengan berhati-hati. Cabut dahulu bahagian besi penutup luar dan pastikan cakera liut tersebut tidak bengkok.
Langkah 2: Keluarkan filem dalaman cakera tersebut melalui rekahan kecil bekas plastik tersebut.
Langkah 3: Pasang semula bekas palstik cakera tersebut. Sekiranya tidak dapat ditutup rapat semula, anda boleh gunakan gam untuk melekatkannya semula.
Langkah 4: Pasang semula penutup besi.
Langkah 5: Pasangkan gelang plastik atau pengikat plastik menerusi lubang slot ‘read/write access’.
Langkah 6: Lekatkan pelekat yang mengandungi maklumat perjalanan/indentiti anda.
Langkah 7: Pasangkan pada bagasi anda.
2. Pelapik Gelas
Tak perlu rasanya saya terangkan secara mendalam. :)
3. Kulit buku nota
Langkah 1: Potong kertas sebesar samada 5-25 inci atau 3.5 inci kotak persegi (bergantung pada saiz cakera liut anda) dan lekatkan bersama.
Langkah 2: Tebuk lubang di atas kertas tersebut. Pastikan lubang yang ditebuk jaraknya sama diantara ‘write protect window’ dan lubang ‘high density’ cakera liut tersebut.
Langkah 3: Susun kertas diantara 2 cakera tersebut.
Langkah 4: Pasangkan gelang besi.
Foto dari: Irene Palma
0 comments:
Post a Comment