Facebook dikatakan akan memperkenalkan butang ‘Unfollow’ yang mana memudahkan pengguna menghilangkan kemaskini status rakan-rakan yang mungkin agak keterlaluan mengemaskini status mereka sehingga manyakitkan mata anda. Pada pendapat saya, tidak perlu tunggu sehingga butang ini di perkenalkan kerana ada cara lain yang anda boleh lakukan sekarang.
Selain butang ‘Unfollow’ ini, anda boleh menyembunyikan kemaskini status yang menjengkelkan dari garis masa (timeline) anda dengan cara yang lebih mudah dan praktikal. Dan yang paling penting lagi tanpa membuatkan sesiapa pun kecil hati dengan anda.
Caranya, klik butang anak panah kecil (sebelah atas bahagian kanan) pada kotak status dan pilih ‘sembunyi’. Status tersebut akan hilang dari penglihatan anda atau jika anda pilih ‘sembunyi semua’, kesemua status dari pemegang akaun tersebut tidak akan dipaparkan pada garis masa anda. Anda tidak perlu risau kerana paparan ini hanya untuk anda, tiada notifikasi akan di hantar pada rakan anda tadi
Selain itu anda juga boleh menyembunyikan kemaskini aplikasi, pengumuman dan Facebook Pages dengan cara yang sama. Dengan ini garis masa anda pasti lebih kemas dan teratur. Tiada lagi status-status yang menyakitkan mata seperti skim cepat kaya, buat duit Online atau sebagainya. Tetapi jika perlu melihat semula status-status tertentu, mudah sahaja pergi sahaja pada paparan profil akaun yang berkenaan dan lihat dari sana.
Sekiranya anda berubah hati atau sanggup membaca status-status yang menjengkelkan tersebut, anda boleh menetapkan semula paparan dengan klik pada ‘Page’ profile anda, klik pada rakan-rakan, cari rakan yang dimaksudkan dan klik ‘show in news feed’. Status-status tersebut akan mula dipaparkan semula pada garis masa anda.
Selamat ber’Facebook’!
0 comments:
Post a Comment