Telefon pintar skrin besar Alcatel HERO kini sudah mula dipasarkan di Malaysia.
HERO adalah model terbaru dari Alcatel yang mempunyai skrin sebesar 6inci, dikuasakan oleh cip pemproses empat teras 1.GHz dan mempunyai bateri berkuasa 3,400mAh yang sepadan dengan saiznya yang gergasi. Antara fungsi lain adalah kamera 13 mega piksel, stylus kapasitif, dan fungsi pengecas semula tanpa wayar. Apa yang menarik tentang telefon pintar ini adalah setiap pembelian akan disertakan sekali dengan MagicFlip. MagicFlip adalah sarung telefon yang juga berfungsi sebagai skrin notifikasi.
Pada masa ini, hanya varian warna Hitam kebiruan boleh didapati di Malaysia, walaupun terdapat rancangan untuk membawa warna-warna yang lain pada masa akan datang. Rakyat Malaysia akan mendapat versi 8GB, kerana ia datang dengan slot microSD yang membolehkan pengguna untuk mengembangkan keupayaan storan dalaman telefon tersebut.
Alcatel OneTouch HERO kini boleh dimiliki dengan harga RM1,399 dan disediakan bersama sarung MagicFlip dan telefon asas BP60.
VIA
0 comments:
Post a Comment