Platform media sosial KakaoTalk melangkah selangkah ke hadapan dengan perasmian perkhidmatan tersebut di Malaysia rabu lepas.
Walaupun KakaoTalk telah pun tersedia untuk dimuat turun sebelum perasmian tersebut, platform ini sudah pun membuat penampilan yang menarik dengan menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan di Malaysia.
Menjadi anak syarikat MOL, KakaoTalk Malaysia dilihat senantiasa mempunyai pasukan tempatan yang inovatif dan aktif untuk memastikan pemasaran dan penghasilan aplikasi bertemakan kandungan tempatan dengan bantuan dalaman dari Friendster.
Oleh kerana hubungannya dengan MOL dan Berjaya Group, Kakaotalk akan berkerjasama bersama Starbucks, 7-Eleven, U Mobile, Kenny Rogers Roasters, Wendy’s dan Papa John’s Pizza untuk mempromosikan platform ini dipasaran tempatan.
Dan untuk melengkapkan lagi platform ini, KakaoTalk telah melantik dua ikon muzik terkenal Big Bang dari Korea Selatan dan Yuna dari Malaysia sebagai duta mereka. Sudah pastinya dengan populariti Yuna yang semakin meningkat di Malaysia dapat menguatkan lagi usaha KakaoTalk dalam memasarkan platform mereka di pasaran tempatan.
Menurut KakaoTalk, aplikasi ini kini telah tersedia dalam 13 bahasa untuk 230 negara di seluruh dunia. Antara bahasa yang ditawarkan termasuklah Korea, English, Jepun, China, Indonesia, Perancis dan sebagainya.
Antara kandungan dan perkhidmatan yang ditawarkan KakaoTalk termasuklah pesanan ringkas, jadual peribadi, pemasaran perniagaan, jualbeli, permainan video, kandungan digital, fesyen dan juga muzik.
KakaoTalk boleh dimuat turun dalam versi Android, iOs dan Windows Phone.
0 comments:
Post a Comment