Recent Comments

Saturday, January 25, 2014

Projek Bitcloud rancang 'bebaskan' Internet


[dropcap]B[/dropcap]itcloud adalah satu protokol baru yang sedang dibangunkan berdasarkan dari idea Bitcoin, Mediaglobin dan Tor. Pembangun projek ini dilaporkan mempunyai rancangan untuk membebaskan Internet dari mana-mana kawalan di masa akan datang. Menurut laman web Bitcloud projek ini boleh didefinisikan sebagai konsep ‘Perkongsian Bandwidth sesama pengguna’. Menurut laporan itu juga pembangun Bitcloud juga berharap membebaskan internet yang sedia ada dari pengagihan kuasa pusat dan cuba mewujudkan rangkaian internet yang baru.

Pasukan yang menganggotai projek ini terdiri daripada individu yang tidak dikenali merancang menggunakan kaedah yang sama digunakan dalam melombong Bitcoin untuk menjadikan perkhidmatan yang sama dengan Internet yang ada cuma bezanya tidak dikawal selia oleh mana-mana pertubuhan.

[caption id="" align="aligncenter" width="760"]Bicloud project Skema bagaimana Bicloud dirancang untuk beroperasi.[/caption]

Pengenalan kepada Bitcloud boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, pengguna, nod dan penerbit. Menurut pasukan Bitcloud "sesiapa sahaja boleh menjadi pengguna, nod dan/atau penerbit pada bila-bila masa”. Cadangannya ialah untuk membenarkan pengguna internet melakukan apa-apa kerja sesama sendiri seperti; storan awan, routing, lookups, pengkomputeran, menyediakan bandwith dan sebagainya. Ini semua boleh dilakukan dengan pertukaran bayaran yang minima. Dalam ertikata yang lain, selain menggunakan tenaga pemproses yang biasa untuk memindahkan matawang maya, Bitcloud mahu menggunakan kaedah yang sama untuk menyediakan perkhidmatan internet.

Pasukan Bitcloud kini sedang mencari pembangun tambahan dan menjemput orang ramai untuk berdiskusi di forum yang tersedia di Talk.BitcloudProject.org

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)