Recent Comments

Sunday, January 19, 2014

Google Now kini hadir untuk komputer desktop


Aplikasi pembantu peribadi Google Now kini hadir untuk komputer desktop. Perkhidmatan ini yang mana memantau carian internet dan maklumat semasa mampu dipersembahkan kepada pengguna walaupun sebelum ianya dikehendaki. Google Now yang dahulunya hanya tersedia untuk peranti Android, kini boleh digunakan oleh pengguna komputer desktop menerusi Google Chrome.

Versi terbaru Google Chrome menyediakan tetapan untuk mengaktifkan Google Now. Arahan yang dikemaskini di laman blog Google menerangkan yang pengguna hanya perlu menetapkan pelayar web Chrome pengguna kepada chrome://tags/#enable-google-now dan pilih butang ‘enable’ untuk mengaktifkan perkhidmatan tersebut.

Google Now telah menarik minat ramai pengguna peranti pintar kerana kebolehannya yang seakan-akan siri Apple. Antara kelebihan lain yang membuatkan aplikasi ini patut dipertimbangkan ialah integrasi penunjuk arah dan trafik dari waze, pengesan pakej, info kuasa, laporan saham, keputusan sukan, dan kemaskini laman web bergantung kepada pilihan pengguna.

Pendekatan oleh Google menerusi Google Now ini menunjukkan minat Google dalam mewujudkan persamaan dalam sistem perisian. Dahulunya Google pernah memperkenalkan Voice Search untuk komputer desktop  dan carian gaya kad bersama-sama dengan fitur carian tanpa sentuh yang mana berfungsi melalui arahan suara ‘Ok Google’.

Perancangan lain dilaporkan Google akan membawa aplikasi Google dan fitur desktop yang lain kepada Chrome untuk Android, yang mana dijangka akan diumumkan tahun ini.

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)