Memandangkan pendekatan kearah industri robotik dalam komuniti sains berkembang pesat mengikut peredaran masa, para penyelidik cuba menemukan cara yang lebih rumit dan praktikal dalam memanipulasi struktur fizikal dan kebolehan lokomotif unik bagi menghasilkan pembinaan ‘Artificial-intelligent’ yang kompleks.
Salah satu pencapaian yang berjaya ditemukan dalam penyelidikan ini ialah sebuah robot moden yang dinamakan M-Block. M-Block adalah sebuah robot modular berbentuk kiub yang mampu berubah bentuk dan struktur melalui barisan kiub yang bergerak secara automatik.
Dibangunkan oleh John Romanishin, seorang saintis penyelidik di Makmal Computer Science and Artificial Intelligence MIT bersama-sama beberapa orang penyelidik yang lain. Setiap M-Block mempunyai roda tenaga dalaman yang mampu berpusing sehingga 20,000 pusingan penuh seminit membuatkan robot ini mampu bergerak secara sendiri. M-Block bergerak melalui momentum yang dihasilkan oleh roda tenaga ini yang mana diberhentikan mengikut tetapan yang tertentu.
Oleh kerana M-Block tidak mempunyai bahagian luar yang bergerak, lokomotif dinamik dalaman robot ini membuatkan ianya bergerak seolah-olah ada tenaga halimunan yang menolak.
Di bahagian luar M-Block pula terdapat beberapa siri magnet atau lebih tepat 8 magnet pada setiap sisi kiub tersebut. Magnet ini membuatkan blok-blok kiub ini melekat antara satu sama lain walaupun dalam keadaan melintang ataupun menegak.
Kombinasi antara roda tenaga dan siri magnetik pada kiub ini membolehkan M-Block berubah bentuk atau barisan dalam pelbagai ketinggian dan kerumitan.
Pasukan penyelidikan ini mensasarkan pada masa yang akan datang mereka dapat membangunkan kiub ini pada saiz yang lebih kecil yang mana mampu kelihatan seperti cecair besi seperti yang pernah digambarkan dalam filem Terminator 2.
Sehingga kini, pasukan penyelidik dari MIT ini telah berjaya menghasilkan 100 unit kiub ini bagi tujuan penyelidikan kemungkinan yang boleh dicapai untuk kegunaan luar dari makmal tersebut.
0 comments:
Post a Comment