Recent Comments

Wednesday, January 15, 2014

Hotlink Maxis kini dengan 4G


Pelanggan prabayar Hotlink Maxis kini berpeluang menggunakan teknologi 4G sebagai medium sambungan internet mereka. Kepada pelanggan yang baru mereka hanya perlu mendapatkan pek sim #Hotlink pada harga RM8.80 dan boleh menukar kad sim tersebut ke kad sim 4G di mana-mana Maxis Centre di seluruh Malaysia.


Pelanggan boleh memilih antara Pas Bulanan Internet mudah alih 1GB atau 3GB, yang berharga RM30 dan RM68 masing-masing. Melanggan semudah mendail * 100 # pada telefon mudah alih mereka dan ikut sahaja arahan pada skrin. Sangat mudah dan praktikal.


Bagi meraikan pelancaran perkhidmatan ini, semua pelanggan Hotlink 4G akan menikmati tambahan data 50 peratus lebih banyak jika mereka membeli Pas Bulanan Internet dari hari ini sehingga 28 Februari 2014.




[caption id="attachment_1601" align="aligncenter" width="600"]Maxis Hotlink 4G Morten Lundal (berdiri tengah), Pengarah Urusan Maxis, dan Dushyan Vaithiyanathan (Berdiri tiga dari kari), Ketua Pengarah Perniagaan Konsumer bersama-sama dengan 'Tuhan Kemakmuran' dan rollerbladers Hotlink 4G pada majlis pelancaran Maxis kempen Tahun Baru Cina yang diadakan awal hari ini di KLCC iCentre.[/caption]

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)