Sekiranya anda seorang yang agak cermat dalam berbelanja dan amat mentitkberatkan tahap kewangan anda, aplikasi kewangan terbaru dari Lentor Solutions mungkin untuk anda. Perkenalkan Saved.
Baru-baru ini Lentor Solutions telah melancarkan aplikasi terbaru mereka untuk iPhone dan Android yang dinamakan Saved. Aplikasi ini dikatakan dapat membantu pengguna mengurus dan memantau perbelanjaan harian menerusi telefon pintar.
Saved adalah aplikasi belanjawan peribadi yang direka untuk membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.
Pengguna mendapat memantau dari apa yang mereka belanjakan dan berapa banyak mereka berbelanja.
Saved memudahkan pengguna dari kerumitan yang biasa dalam aplikasi kewangan peribadi dan ciri-ciri yang mudah untuk difahami menerusi visual yang menggambarkan perbelanjaan mingguan dan bulanan.
Save juga merupakan aplikasi yang terbaik untuk pelancong yang ingin memantau perbelanjaan perjalanan mereka. Saved hadir dengan fungsi tukaran matawang secara automatik dan sokongan untuk lebih daripada 50 matawang, pengguna hanya memasukkan pembelian mereka dalam mata wang asing dan tetapan secara automatik akan menukarkan dan memaparkan jumlah yang setara dalam matawang negara mereka.
boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Cina (simplified), Cina (tradisional), Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Sepanyol, Indonesia, Bahasa Melayu, dan Bahasa Portugis (Brazil).
0 comments:
Post a Comment