Recent Comments

Wednesday, January 15, 2014

Kerjasama Eksklusif Avnet dan Iverson Tawar Kursus IBM untuk Pasaran Malaysia


Avnet Technology Solutions, peneraju penyelesaian IT antarabangsa, Avnet, Inc. (NYSE: AVT), hari ini mengumumkan kerjasama dengan Iverson Associate Sdn Bhd untuk menawarkan kursus perisian dan sistem latihan,  dan program pensijilan IBM.


Sejak Julai 2013, Avnet telah dipilih sebagai salah satu daripada empat Peneraju Latihan Global IBM untuk menawarkan kursus IBM bagi rakan kongsi, pekerja dan pelanggan.


Chiew Yue Lam, Pengurus Avnet Technology Solutions Malaysia berkata bahawa kerjasama dengan Iverson membolehkan Avnet menawar model kursus yang lebih komprehensif bagi program teknologi IBM melalui sumber Iverson.


Dengan trend ‘big data’, ‘cloud computing’ (pengkomputeran awan) dan ‘mobility’, banyak organisasi memerlukan kemahiran dan bakat yang baru untuk menguruskan operasi IT.


"Bersama-sama dengan Iverson, Avnet mampu menyediakan kursus IT IBM yang lebih strategik yang boleh mengoptimumkan keupayaan pekerja IT yang sedia ada dengan meningkatkan kemahiran teknikal dan pengetahuan di dalam bidang-bidang seperti penyelesaian maju untuk mobility, cloud, analitik dan perniagaan sosial," kata Chiew.




[caption id="attachment_1587" align="aligncenter" width="438"]IBM certification Malaysia (Dari kiri ke kanan) Dr Yap Chee Sing, Pengarah Urusan Iverson Associate Sdn Bhd dan Encik Chiew Yue Lam, Pengurus Besar Avnet Technology Solutions, Malaysia[/caption]

Memenuhi Keperluan Pasaran untuk Set Kemahiran IBM; Menggalakkan Pembangunan Malaysia


Untuk mencapai matlamat menjadi negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020,  pakar ICT Malaysia, terutamanya dalam bidang integrasi perisian, analisis risikan perniagaan dan pembangunan aplikasi Websphere IBM adalah sangat penting untuk mencapai inovasi perniagaan, kata Chiew.


Chiew berkata, “IBM mempunyai ramai pelanggan di Malaysia. Oleh itu, pensijilan professional IBM akan menawarkan pengiktirafan yang lebih khusus dan berkualiti untuk pekerja IT tempatan, sebab kepakaran ini semakin mendapat permintaan di seluruh sektor tempatan."


Pusat Penyelesaian Avnet Malaysia yang baru dinaik taraf dilengkapi dengan keupayaan untuk memudahkan kursus dan pensijilan IBM program dengan Iverson.


Pengarah Urusan Iverson, Dr Yap Chee Sing berkata, "Nilai teknologi direalisasikan melalui pelaksanaan dan ini memerlukan sumber-sumber manusia yang telah dilatih dengan berkesan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadikan penyelesaian teknologi maklumat yang terbaik. Sebagai pusat latihan IT yang berdedikasi, Iverson boleh melatih bakat IT dengan cara yang paling berkesan. Bekerja dengan Avnet pastinya kerjasama sinergi."


Sebanyak 2,500 kursus latihan IBM dengan portfolio lengkap akan dijalankan dalam format latihan dalam kelas awam dan swasta dan kursus online yang diterajui oleh pengajar akan bermula 1 Januari 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai khusus-khususIBM Avnet, sila layari https://academy.avnet.com/.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)