Recent Comments

Saturday, January 11, 2014

Kanta sesentuh pintar iOptik


Hanya selepas setahun Innovega mengumumkan model prototaip teknologi tinggi lensa iOptik mereka, syarikat ini telah memperkenalkan produk akhir mereka di Pameran Antarabangsa CES tahun ini.

Sistem kacamata Innovega terdiri daripada 2 bahagian kacamata dan  kanta sesentuh. Kanta sesentuh tersebut membolehkan pengguna meningkatkan lagi keupayaan pemfokusan mereka yang mana memberi penglihatan yang maksimum walaupun objek yang dilihat dekat atau jauh. Sebagai contoh, sekiranya pengguna meletakkan jari mereka dekat di hadapan mata, pengguna boleh melihat dengan jelas cap jari pengguna berbanding mata kasar.

Dan apabila ditambah dengan kacamata khas produk ini, pengguna seolah-olah menggunakan Google Glass cuma yang bezanya jauh lebih jelas berbanding produk Google Glass.

Innovega iOptik

Ini adalah kerana Google Glass hanya berupaya memberikan kesan visual seperti melihat telefon pintar dari jarak 24 inci mereka iOptik pula 20 kali lebih besar visualnya dan 6 kali lebih jelas resolusinya. Ianya seolah-olah sedang melihat sebuah TV projector yang besar.

How iOptik works

Kacamata pintar seperti Google Glass lebih kelihatan seperti memakai penghadang mata apabila dipakai iOptik pula tidak ubah seperti kacamata biasa cuma bezanya ia perlu dipakai dengan kanta sesentuh yang ditetapkan Namun begitu ianya tidak menghalang pengguna yang mempunyai masalah rabun jauh atau dekat kerana ketika sesentuh yang disediakan juga boleh ditambah dengan preskripsi yang sesuai dengan pengguna.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)

Koon Hack Blogger Templates